Syukur ke hadrat Ilahi aku masih dikurniakan umur hingga ke saat
ini. Aku masih bernafas dan sihat melalui perjalanan hari ini. Tidak terhingga
kesyukuranku pada yang maha Esa atas kurniaan yang telah diberikanNya hingga ke
saat ini.
Hampir setahun satu perubahan besar dalam hidup aku membuatkan aku
lebih bersemangat mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat yang
ditambahkan kepadaku baik dari segi apa sekalipun. Bukan maksudku tak bersyukur
dengan keadaanku yang dulu, tapi mungkin keadaanku sekarang lebih bermakna
sebab tuhan berikan aku peluang untuk aku merasai apa yang aku idamkan dalam
hidup ini, perkara yang mungkin tak bererti pada orang lain tapi cukup besar
maknanya untuk aku. Boleh aku katakan, cukuplah apa yang aku ada setakat ini.
Aku tak nak yang lain lagi. Aku bahagia begini.
Telah aku fikirkan dalam-dalam tentang ini, mungkin ini balasan
tuhan atas doa-doa yang selalu aku ucapkan dulu. Harapan-harapanku, kesabaranku
selama ini terbalas dengan nikmat yang tak terhingga ini. Membuatkan aku lebih
mengerti tujuan hidup ini. Aku lebih yakin dengan perjalanan yang telah
ditetapkan Ilahi ini.
Namun disebalik kenikmatan ini, masih banyak lagi yang perlu aku
pelajari dan perbaiki, baik dari apa jua segi. Takkan pernah ada kesempurnaan
dalam hidup seseorang selagi dia bernama manusia biasa. Apakan lagi aku yang lebih
biasa ini.
Semoga hari-hari mendatang akan lebih memberi seribu erti kepada manusia
yang kerdil ini. Kepada Engkau aku berserah tuhan. Amin.
erti syukur.
ReplyDelete