Friday, November 6, 2009

Untuk Satu Penentuan

Current mood: awake
Category: Life

Tradisi manusia
Kita akan menjadikan yang sebaliknya
itu sebagai yang terbaik
Tapi apabila keadaan menjadi seperti itu
Kita maseh tetap tidak puas
Kerna bagi kita
Maseh ada yang tak sempurna
Kita bukan tiada pilihan
Tetapi kerana terlalu banyak pilihan
Membuatkan kita sering terpedaya
Tak semua manusia rela
Membuat sesuatu
Tetapi kadang-kadang
Keadaan memaksa
Mentaliti yang maseh belum cukup
matang dan sempurna
Membuatkan kita sering
berada di jalan yang salah
dan hanya
mengikut kehendak alam
Kita bukannya takut
Tapi cuma maseh belum berani
untuk keluar dari kepompong
hidop yang sempit
Belum berani untuk
membuat satu perubahan
Seterusnya memberi impak yang besar
Kepada diri kita sendiri
Keadaan sekeliling yang mendesak
membuatkan kita menanti
Satu waktu yang sesuai
untuk berubah
Tetapi takdir tetap takdir
Dan kita tak mampu melawan dan melanggar
ketentuanNya
Hanya masa menetukan samada
Kita sempat atau tidak
untuk berubah
Yang pasti
Perubahan dan masa
Takkan menunggu kita...

Em ini antara karya yang pernah aku tulis satu ketika dulu.
Hari itu, entah kenapa idea nak menulis mencurah-curah datang.
Mungkin dulu aku banyak muhasabah diri, sekarang kurang sikit.
Sampai nak buat ayat pun da tak reti. Huhu

Kadang-kadang kita tak perlukan wang ringgit untuk kebahagiaan, tapi kata-kata yang ikhlas dari seseorang pun da cukup buat hati kita tenang walaupun mungkin hanya untuk sesaat. :)


No comments:

Post a Comment